AFAMOSA RESORT MELAKA - FAMILY DAY 2016 HARI 1

07:41:00



Bawaaaa aku pergi...
Haaaa mai sini kak fiza nak bawa ampa pii.. Nak tau
Sila la setia disini...kihkihkih 


Assalamualaikum ampa semua  
HAIIIII salam sejahtera....

Hampir 3minggu  sudah berlalu, hari ini kak fiza nak ceritakan tentang kisah kami "Hari Keluarga Cucucicit Toklong 2016" di AFamosa Melaka. Semua keluarga dari sebelah utara telah berkumpul sehari lebih awal dari jadual perjalanan di Prima Saujana, Kajang.. Rumah ketua rombongan uols...hehehe

Hari Pertama 10 Disember 2016 (sabtu)
Perjalanan bermula selepas breakfast nasi lemak dan roti canai samaitu air teh panas   kemudian setelah semua ahli keluarga berkumpul barulah sama2 bergerak sekitar 7.30 pagi. Konvoi sebanyak 7 buah kereta dan 1 family lagi akan menyusul sebelah petang kerana masih bekerja. Perjalanan berjalan lancar mengikut jadual yang diaturkan. Kitaorang sampai sekitar jam 9.15 pagi dan program pertama adalah masuk ke "Safari Wonderland".


selamat sampai...

relax2 dulu bagi ketua rombongan uruskan tiket masuk

Harga tiket boleh refer gambar  

Peta

Pada pukul 10.15 pagi ada "Elephant Encounter Show" so kitaorang semua terus kesini. Melihat persembahan dari gajah, rasa sangat kagum. Yerla pandai betoi gajah2 nie mendengar arahan dan berlakon. Rasa cem kiuuutt (comel) sangat. Pastu kalo korang nak bagi gajah makan bolehlah beli tebu yang dijual oleh staff disana dengan harga Rm5 sepeket. So nanti bolehlah bergambar sambil bagi gajah makan. 



Show time.. comeiii ngat bila gajah tue berlakon buat2 mati... 

Tak lepas peluang selfie dulu..

Nie namanya nakkk tapi seriauu..
Gajah tue jinak ja korang cuma kak fiza jer seriau..
Tengok la baru anak gajah tapi besar mana dahhhh...hahahaha

nie la makanan untuk gajah. Tebu. Rm5/paket.

Pesanan ringkas: Kalo duduk dibahagian depan tue jaga-jaga la noh... Habis showtime nanti kena sembur air dengan gajah      nak happy2 kena sporting la kan... Pastu bolehlah bergambar dengan gajah.


Ok dah selesai kat sini kami sekeluarga nak pergi tengok binatang-binatang pulak... Jom jom safari zoo..
Terlupa plak nak snap kenderaan yg kitaorang naik nieh... 1 kenderaan nieh family kitaorang ja taw, takdak campur2 dengan orang lain. Yerla kan ahli keluarga kitaorang saja pon maw 30 orang so ngamngam jer la.. 

Riuh rendah time nieh... 



sebahagian binatang yang ada yang sempat snap gambar...

hal rumahtangga tak leh masuk campur.. 
Bergaduh tue tidur jauh jauh
Berani campur??? silakan kalo tak takot kena ngappp..hehehe

Kalo rasa nak ride elephant & pony..
Tapi tak pasti harga sebab i tak naik...kikiki




Hello camel  






Pada pukul 12.15 tengahari ada "Colour Of The Bird Show".. Disini bolehlah melihat persembahan dari pelbagai jenis burung.





Sorry tak banyak picture  ralit take video..

Habis saja show bird kitaorang terus ke safari foodcourt. Makanan pun dah tersedia. Makanan tengahari nie semua dah termasuk dalam pakej family kami..

surau ada tersedia disini, jadi bolehlah kalo nak solat dulu...

Makanan tengahari. Nasi goreng + ayam goreng + sayur kubis goreng
dan air tin cincau


Selepas dah kenyang kitaorang terus dengan program seterusnya iaitu ke Monkey Island. Safety first jangan lupa pakai jaket keselamatan taw..

Disetiap kawasan ada dipaparkan jadual waktu showtime.
Jadi kita boleh tahu kemana kita boleh pergi pada waktu2 tersebut.

Selfie bersama my hubby & mother in law

Ahli2 keluargaku yang lain



monyet yang ada dalam kurungan

Bila dah namanya monkey island kita mesti bayangkan banyak monyet. Tapi yang ada banyaknya adalah kambing...hahaha So ada sekoq monyet tue jadi femes sangat sebab dier jer yang ada.. Mesti monyet comel tue rasa riak, berlagak dan kenyang kan..huhu dah semua bagi makanan ke dia dan berebut nak bergambar dengan dierr jer.. 

Bagi kambing makan. Kambing2 nieh pon jinak sangat.
Sampai merabat atas badan orang..
**merabat taw dak apa dia sorry la noh cheq nie orang kedah..
merabat tue maksudnya panjat :)

Inilah dia simonyet yang femes tue..hehehe

kan dah cakap femes monyet niehhh....hahaha


Pada pukul 2.15 petang ada "Wild Wild West Show".Kitaorang sampai dalam pukul 2 petang jadi sementara menunggu show bermula kanak-kanak boleh menunggang kuda dengan bayaran Rm10 1 round.. Tepat saja pukul 2.15 petang show bermula, get ready jangan ada yang terkejut.. Macam fiza.. Tanjat gegirl taw    ada aksi tembak menembak dan letupan, lawak jenaka, aksi koboi..




Masa showtime nieh take video jadi tak banyak gambar yang ada.

Setelah dah habis pusing dalam Safari Wonderland nieh masing-masing pun dah agak letih, jadi semua decide untuk checkin banglow dulu di Villa D'faro Afamosa.. Kitaorang menyewa 2 buah banglow sebelah menyebelah. Harga sewaan Rm750/3 hari 2 malam bagi sebuah banglow dan bayaran share-share 10 buah keluarga.. 

bunglow yang kami duduki seramai 17orang

ruang tamu dan dapur


kolam renang.
Terdapat 4 bilik tidur  dan 2 bilik air didalm dan 1 bilik air diluar.
Ahli keluarga yang selebihnya tinggai dibanglow sebelah.

Sampai saja dibanglow ada yang berehat dan ada yang terus terjun kolam, tak sabar nak main air. Disebabkan ada banyak masa lagi ada yang berkaraoke. Makan malam yang ditempah dihantar ke banglow sekitar 6.00 petang. Alhamdulillah makanan sedap. Selepas maghrib semua bergerak nak masuk "old west show".

Darwisha dan Fatihi..
Makan kena berkelah sama-sama :)





suasana waktu malam di old west town



Melihat persembahan  cultural show,
 red indian show, carnival show dan firework

red indian show & carnival show

Tamatlah sudah cerita kami sekeluarga untuk hari pertama di Afamosa Melaka.
Nantikan kisah seterusnya pada hari kedua sebab banyak benda nak shared dengan ampa semua..
  
#afamosaresortmelaka #cuticutimalaysia #familydaytoklong2016


KALAU NAK BACA HARI LAIN KLIK SINI  





You Might Also Like

0 comments

recent posts

Pengunjung Dari


widgets

Subscribe