Familyday 2015 di Pulau Pangkor : Hari 1
01:33:00Cerita kali ini tentang FamilyDay di Pulau Pangkor 2015 selama 3hari 2malam iaitu bermula pada 30hb Mei 2015 hingga 01hb Jun 2015. Untuk kali ini budget sebanyak RM350/ 1 person.. Pakej tiket feri dari lumut ke pulau pangkor, breakfast, lunch, dinner, snorkeling & island hopping, penginapan di Puteri Bayu Beach Resort. Murah right Alhamdulillah penyertaan ahli kaum kerabat lebih ramai tahun ini sebanyak 40 orang.
HARI PERTAMA
(Pagi 30/5/2015, sabtu)
Bangun seawal 5.45 pagi, al-maklumlah sebab nak bergerak awal dari Alor Setar. Konvoi sebanyak 2buah kereta, kitaorang bergerak dalam pukul 6.30 pagi sesudah subuh. Kalo bab berjalan memang semangat..hehehe Actually kitaorang akan bertemu dengan saudara yang lain di hentian juru iaitu keluarga pak tot yang bertolak dari kelantan, keluarga kak ani dari penang, ibu & ayah mertua yang bertolak dari kulim bersama keluarga aizat.
Dalam perjalanan biasalah fiza sambung lena hahaha itew neh bukan driver so biasalah kan... memang ngantok siot kot, alpasainya fiza layan citer siam sampai pukul 3 pagi. hermmm jadi mata tue memang dah jadi kuyu. kuyu okey bukan puyu!!!hihihi
Sekitar jam 9.00 pagi sampai di hentian juru seperti yang dijanjikan. Berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Orang memang ramai sebab musim cuti sekolah. Kalo nak diikutkan jadual kami semua perlu sampai di jetty lumut sekitar jam 11.00 tengahari dan disana akan bertemu saudara2 lain yang bertolak dari KL iaitu keluarga paksu, keluarga pakcik, keluarga bang mi, keluarga abg hashim dan keluarga farid.
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan. Semua dapat tiba dengan selamat maka terkumpullah "kaum kerabat anak menantu cucu cicit toklong" dan bermulalah perjalanan kitaorang semua ke Pulau Pangkor...hehe nampak suspen tak ohh ya tiket ferry dari lumut ke pulau pangkor Rm10 dewasa (return ticket)...
Cuaca memang panas, peluh tue toksah dok kata la memang basah baju...Tapi lepas ferry dah jalan baru rasa okey, kena angin laut. ikaaann wait for me.. hurm apa motif ken!!hahaha en.boss yang tak sabar nak mancing sebenarnya, sampai 2 rod pancing kot bawa, aku yang kena usung...mehmehmeh
Bab pengangkutan tak perlu risau, ada banyak teksi (van warna pink) dan juga motor yang boleh disewa. tapi kitaorang semua dah termasuk dalam pakej yang diambil. So teksi ne bawa kami semua ke Puteri Bayu Beach Resort, kami sampai sekitar jam 1.45 petang. Makanan semua sudah tersedia, dan memandangkan masing2 memang sedikit letih dan lapar lepas ambil kunci bilik masing2 terus pergi makan dulu. Lepas makan semua pakat ke bilik memasing untuk berehat sebentar kerna pada jam 3 petang kitaorang semua akan dibawa melawat tempat menarik di pulau pangkor.
chalet di Puteri Bayu Beach Resort
Jom jom masa untuk meronda-ronda. Jalan jalan kat sini memang berselekoh bahaya, kecut perut cheq ne. Nak taw pasai apa??? Pasainya uncle2 driver neh memang bawa laju menyerit, menyenget kami2 yang dok dalam van tue..hahaha tapi jangan dok tiru plak aksi2 tue buat kat jalan raya kan, kena pandu cermat baru selamat uncle2 ne tak per la depa memang dah berpengalaman, profesional, dah berbelas tahun bawa pelancong kat pulau pangkor nehhh...
jalan selekoh
walaupon menyenget tapi yg penting happening
keceriaan yang terbit :) cool man
bersama my kesayangan. Rasanya gambar terbaik kot.
saya suka saya suka sangat
perkampungan nelayan
kilang membuat kapal
kapal yang hampir siap...
kilang sate..
kak chah dan melati bergambar kenangan
dihadapan kilang sate...
makteh memborong sakan..hehehe
ada macam2 seperti ikan bilis, ikan kering, brg hiasan
dan produk2 dari pulau pangkor.
inilah teksi pink (van) yang digunakan
di pulau pangkor
bergambar beramai-ramai di kota belanda
abang hasyim & kak chah
Taman Fu Lin Kong...
Kalo sampai disini bolehlah beli cenderamata untuk kawan2, atau saudara mara kerana harganya yang murah jika dibandingkan tempat lain. Selesai sudah untuk program hari pertama di Pulau Pangkor. :)
Pada waktu malam aktiviti bebas, geng lelaki memang dah tak sabar nak pergi memancing. Bagi geng wanita pula selepas makan malam ada yang berehat di bilik dan ada yang keluar ke gerai jualan pakaian, makanan dan kedai runcit yang berada berdekatan saja dengan resort. Cuma berjalan kaki dalam 3minit dari resort. Sebelum kita teruskan sambungan hari ke-2 jom tengok pemandangan matahari terbenam dan juga peta Pulau Pangkor..
3 comments
Assalamualaikum.. ada details contact tempat u buat famly day ni tak.. plan nak buat juga.. next year
ReplyDeleteWaalaikumussalam. family saya buat damily day nie dekat Puteri bayu resort pulau pangkor.. tempat dia ok dan selesa. murah juga di bandingkan tempat lain. :)
Deleteassalam.. sy nak tanya. kat sana senang x nak dapatkan service island hoping..murah x?
ReplyDelete