Familyday 2015 di Pulau Pangkor : Hari 2

01:36:00



Ada yang ternanti-nanti tak sambungan cerita hari ke-2 di Pulau Pangkor (31 Mei 2015).  
Program untuk hari ke-2 memang padat giler sebab hari nie lah kita adakan macam2 game (telematch). Seperti biasa buffet breakfast di resort pada 7.30 pagi.

Selepas breakfast kitaorang semua nak pergi snorkeling. Tapi cuaca memang agak mendung pagi tue. Dalam hati jangan la hujan   nanti tak jadi pulak kan, rugi kalo tak dapat pergi snorkeling. Program yang sepatutnya 8.30 pagi terpaksa ditunda sebab ombak kuat. Jadi kitaorang semua main2 la pasir dulu...




Akhirnya pada 9.30 pagi cuaca makin elok dan kitaorang semua dah ready nak pergi snorkeling  


Sebenarnya ini kali pertama nak pergi snorkeling, dan naik pula bot macam nie... 
Gementar la jugak hahaha mujurlah duduk sebelah ibu mertuaku  Fiza pegang tangan mak, mak pegang tangan fiza...hehehe En. boss punyalah gumbira dok di depan nu... 





Pangkor Laut Resort yang cantek & eksklusif.
Dikhaskan hanya utk pengunjung resort sahaja kita tak boleh
nak masuk sukahati taw...  

Hentian pertama kitaorang semua adalah disebuah pulau. herm herm tapi kan tapi kan fiza sudah lupa la apa nama pulaunya..hahaha sowie uolls ingatan ne tidak berapa kuat..huhu   
Takper jangan sedih2 taw fiza masukkan gambar banyak2. Pasir kat pulau nie memang cantek, putih jer. Tapi ada banyak kulit kerang, so sakit sikit kalo pijak.. 








kak ayu & abg mie

peace peace 


Oleh sebab kitaorang ada masa selama 1jam di pulau ini, so kitaorang buat game bola beracun dan barisan terpanjang. Untuk game kedua barisan terpanjang tiada gambar. tukang tangkap gambar pun join sekali...hehe

Bola beracun



Perjalanan diteruskan pergi snorkeling






Seronok juga dunia tanpa kesibukan kerja. Semua enjoy jer. Tahu kenapa??? Sebab semua sikit pun tak belek handphone, cuma bermain bermain..hahahaha Tenangnya tiada stress   
Lepas dah puas berenang renang tiba masa untuk balik ke resort. Tak sedar cepat masa berlalu dah tengahari. Rasanya pukul 1 jugak lah baru sampai resort. Lepas makan tengahari pada pukul 3 ptg akan ada lagi game dari pihak resort dan kemudian game dari pksu dan maksu. 

sebelum memulakan permainan semua bergambar dulu
dgn memakai baju "familyday cucu cicit toklong"...


Games 1 : Lari Kaki Tiga
Memerlukan peserta seramai 2 orang. kaki kiri dan kanan akan diikat dengan kain. Peserta dikehendaki sampai ke hujung tak kira lah berlari,berjalan atau melompat...haha kemudian pusing balik kembali ke tempat mula. Buka ikatan kain dan beri kepada peserta seterusnya hingga peserta terakhir. Kumpulan yang paling cepat habis dikira pemenang.



Rasanya kalo en.boss angkat cepung fiza bawa lari 
lagi cepat sampai kot...lalala    


Games 2: Bowling Kelapa
Permainannya mudah sahaja. Setiap peserta dari kumpulan perlu membaling buah kelapa tua yang disediakan hingga jatuh botol. Markah kumpulan yang paling banyak dikira pemenang. Memang mudah tapi memerlukan kekuatan hayunan untuk membaling buah kelapa tue barulah botol jatuh...



Games 3: Dadu Puaka
Ketua bagi setiap pasukan perlu membaling dadu puaka. Setiap ahli pasukan perlu memegang bahu masing2. Kemudian mata yang diperolehi dari balingan ketua pasukan. Contohnya "2" maka pasukan tersebut perlu membuat 2 langkah dan tidak boleh putus pegangan bahu setiap orang. Jika putus sebelum langkah selesai maka akan didenda undur balik kebelakang dengan jumlah yang sama. 

Tue dia aksi2 setiap pasukan. 
Amat mencuit hati  



Inilah dia dadu puaka yang mengenakan semua pasukan 


Games 4: Span Air
Beri laluan untuk kanak-kanak pula. Permainan isi air dalam botol dengan span. Botol yang ada air paling banyak dengan masa yang diberikan dikira pemenang.



Makteh & atin menjadi pemerhati...
   memberi sokongan pada team masing2...

Kali ini pihak penganjur aka pksu & maksu memang betoi-betoi mendera semua ahli keluarga. Tidak kasi can (peluang) langsung untuk kami berehat lebih lama. Diteruskan lagi dengan games seterusnya 
Games 5: Tarik Tali   Kuala Lumpur VS Kedah 



hilang suara bagi semangat kepada geng lelaki

pulun tarik tali...huhuhu

Pulun sudah pulun tapi games tarik tali bagi lelaki & wanita dimenangi oleh team KL. Adat permainan ada menang ada kalah... cecece ayat orang kalah   hehehe


Games 6: Bola Tampar Pantai



Bila champion beraksi

aksi pemain profesional antarabangsa



Games 7: Mumia
Setiap pasukan akan diberikan 2 gulung tisu. Kemudian semua perlu memilih seorang untuk dijadikan mumia. Sapa yang badan kecik tue kompom akan jadi mangsa..haha Selepas itu semua perlu membalut mumia dengan tisu dengan masa yang telah ditetapkan. Mumia yang paling cantik dan kemas dikira pemenang.

dah macam hantu bungkus dah tengok   


Pakar dalam kerja membalut nieh...hehe



Taraaaa juara mumia 2015


Games 8: Pecah Telur
Semua orang dikehendaki memilih 1biji telur ayam tanpa memegang telur tersebut. Hanya tunjuk yang mana dan akan diberi telur ayam yang ditunjuk itu. Selepas semua dah dapat sebiji telur ayam semua dikehendaki memecahkan telur ayam tersebut ditelapak tangan dengan serentak. Pada mulanya semua kena pecahkan telur didahi tetapi masing2 menolak.hahaha Sebenarnya hanya ada 3 biji telur ayam yang direbus maka siapa yang dapat telur ayam rebus dikira pemenang. 


Aktiviti diteruskan lagi dengan dua lagi games iaitu 
Games 9: Mencari Harta Karun dan 
Games 10: Running Man (tarik nama).
Untuk kedua-dua games ini tiada gambar. 
Semua kalut berlari-lari   tingai juri saja.... Maka tamatlah aktiviti pada hari kedua ini. Walaupun penat tapi sesangat menyeronokkan... Pecah perut ketawa sepanjang aktiviti dijalankan.. 

   Memandangkan hari masih cerah ada yang pergi mandi kolam, ada yang mandi laut dan tak melepaskan peluang menaiki banana boat. 





Pada pukul 8 malam hingga 11 malam ada pula private bbq dinner & karaoke  
serta majlis penyampaian hadiah. Makanan ada macam-macam dan juga sedap-sedap... 















si kecik izz fatihi bersama ibunya ekin dan abahnya aizat

majlis penyampaian hadiah


Majlis tamat so balik    tido.
 Esok hari ke-3 aka hari terakhir di Pulau Pangkor...
































You Might Also Like

0 comments

recent posts

Pengunjung Dari


widgets

Subscribe