4 Kesalahan Pakaian Wanita Semasa Mengerjakan Umrah

01:08:00

Empat Kesalahan Pakaian Wanita Semasa Mengerjakan Umrah
(Nombor 4 Paling Kerap Dibuat)


Umrah. Sesiapa sahaja mempunyai impian untuk menjejakkan kaki ke bumi Mekah dan Madinah? Tetapi apabila kita sampai di bumi Mekah dan Madinah, ternyata kita tidak mahu melakukan  kesilapan yang sering jemaah wanita lakukan, mungkin tanpa sedar.

1) Memakai seluar ketat di dalam jubah. Jika kita memakai seluar sebegini hanya untuk beribadah di masjid, tidak akan menjadi masalah. Tetapi menjadi isu apabila jemaah wanita mula memanjat bukit seperti Bukit Uhud. Mereka akan mengangkat kain jubah untuk memudahkan pergerakan menaiki bukit kerana sudah memakai seluar di bahagian dalam, tetapi seluar mereka teramatlah ketat sehingga menampakkan bentuk betis yang merupakan aurat yang perlu dijaga.
Sebaiknya kita bawalah seluar slack supaya aurat ini tetap terjaga walaupun kita mengangkat kain jubah.


2) Memakai cermin mata boleh menampakkan rambut. Khusus untuk wanita yang memakai cermin mata. Peringatan untuk diri sendiri. Kadangkala dibahagian tepi muka selalu terkeluar rambut kerana tidak ditutup dengan kemas atau semasa mencabut cermin mata untuk mengelap cerminnya. Kita harus ingat, rambut juga merupakan aurat  jadi kita harus pastikan aurat rambut dijaga sebaiknya! Bila berkaca mata hitam (sunglass); hati-hati! Memang selalu terumbai rambut bila memakai cermin mata, sudahnya ibadah batal kerana aurat terdedah.

3) Berjalan di hadapan orang yang sedang bersolat. Memang tidak dapat dinafikan, ramai di antara bangsa lain yang juga tidak kisah untuk berjalan melangkah mereka yang sedang bersolat. Hal ini sememangnya tidak beradab dan tidak sopan, makanya kita janganlah meniru perbuatan ini. Sebaiknya elakkanlah seboleh mungkin untuk lalu di hadapan seseorang yang sedang bersolat. Jika perlu, tunggulah sehingga orang itu selesai bersolat dan baru berlalu di hadapan beliau.


4) Memakai stokin nipis. Semasa berada di Mekah dan Madinah, amat jarang untuk kita membawa kain telekung ke masjid. Biasanya kita cuma akan memakai telekung atau tudung labuh dan bersolat.
Tetapi haruslah kita periksa dahulu stokin yang dipakai, adakah ianya jarang dan menampakkan warna kulit? Ini juga merupakan aurat yang perlu dijaga. Pakailah stokin yang tebal, ataupun simpan sepasang stokin tebal hanya untuk bersolat jika anda tidak selesa memakai stokin itu setiap masa.


Makanya Stokin Silvy sangat sesuai dipakai semasa mengerjakan umrah kerana ciri-cirinya yang tebal, selesa, tidak panas dan boleh dibawa solat. Jika anda berminat boleh dapatkan dengan kak fiza 😀


5 pilihan warna (ready stok) 


You Might Also Like

0 comments

recent posts

Pengunjung Dari


widgets

Subscribe