RESIPI KEK MINYAK SUKATAN CAWAN

23:04:00



Entah apa sebab rajin sangat maka buatla Kek Minyak ne. Kek kampung ja uols, kalo suka boleh la cuba buat yer 😀

RESIPI KEK MINYAK

5  biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 cawan gula kastord (boleh kurang kalo tak suka manis) 
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla 
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Uols kalo nak letak ovallate boleh la letak dlm 1sudu kecil yer, kak fiza memang tak suka letak. Alhamdulillah menjadi lembut ja keknya. Uols bila dah siap bahan-bahannya jom kita belajar caranya pula. Cikedot hahaha

Bahan2 yg digunakan

Cara-cara:
1. Mix semua bahan kecuali tepung gandum yg dh dicampur baking powder sampai sebati dan nampak gebu (putaran laju)
2. Masukkan tepung gandum yg dah dicampur baking powder tadi sedikit demi sedikit (putaran perlahan) kedalam mixer. 
3. Gaul sebati. Letak flavour. 
4. Sapu mentega atau minyak pada loyang dan masukkan bancuhan tadi berselang seli jika berwarna warni. 
5. Lorekkan dgn lidi corak yg disukai
6. Tutup loyang dgn aluminium foil sebelum masuk kedalam pengukus atau bakar suhu 180° dgn masa 45minit (oven masing-masing) atau sehingga masak. 

Kali ini kak fiza pilih untuk bakar dalam oven. Uols kalo nak buat 1warna saja pn boleh ikut tahap kerajinan masing-masing 😁😁😁

Entah corak apa,janji bercampur
warna dah

Selepas bakar dlm oven

Sebenarnya nak ambil gambar rupa kek ne yg penuh, kebetulan maklong dan paklong datang rumah. Memang rezeki mereka dpt makan kek baru siap bakar 😀



You Might Also Like

0 comments

recent posts

Pengunjung Dari


widgets

Subscribe