short vacation - hari pertama ( Batang Kali, Genting Highland )

09:09:00

Assalammualaikum 😀 hai semua

Ada yg rindu kak fiza x? 🙋‍♀️🙋‍♀️
Bagi yang mengikuti perkembangan blog kak fiza pasti tahu kak fiza sebenarnya jatuh sakit dan pastinya blog kak fiza nie dah penuh sawang dan berhabuk dan Allah s.w.t telah mengambil balik 2 anak kak fiza (insan tercinta).Sebenarnya kak fiza belum pulih sepenuhnya seperti dulu cuma lebih better jer dari sebelum neh. Oleh itu, kak fiza mohon doakan kak fiza sembuh semula seperti dulu. mana tau kan doa2 kalian semua menjadi asbab kesembuhan kak fiza walaupun kita tak pernah bertemu, tak pernah kenal. Ok lah, jom nak cerita perkara yang heppy pulak. sebenarnya uols kak fiza nak cerita trip perjalanan pergi makan kenduri di kuantan, dan kak fiza serta hubby singah2 banyak tempat so boleh dikira sebagai short vacation la kan.  😁hehehe.. lets go..

Total minyak kereta : RM 230.00
 (masih berbaki)
Total tol : RM 200.00 ( baki RM 78.60)

Hari pertama 
iaitu 1.2.2019 perjalanan kak fiza dan hubby bermula dgn bersarapan di warung klasik sekitar pukul 8 pagi. Kami berdua makan pek nga nyiok, pek nga pisang, nasi lauk campur, sirap ais dan teh o ais dengan harga RM 12.00. murah kan 😘😘 so mai la loq staq kedah. hihihi..







Kemudian kami teruskan perjalanan kami berdua singgah di rumah mak cik ta dan pak cik zamri di batang kali, selangor. Dengan layanan tip top oleh mak cik dan masakan sedap macam  kat restoran ala-ala padang indonesia gitue.. Lepas tue kami merehatkan badan.




Pada sebelah malam, selepas maghrib ja sekitar 8.30 mlm kak fiza ngan hubby bersiap2 makcik ta bawak kami berjalan di premium outlet di Genting Highlands. Rambang mata cek oi🤑🤑 kalau bawa duit byk syok noh.. hhahaha...










Dah penat ler shoping kat sini jadi kami balik ke Batang Kali.. tido semalam kat sana. Esoknya nak meneruskan perjalanan ke kuantan pulak😀😀

Terima kasih semua. Nantikan hari kedua pulak yer :D





You Might Also Like

0 comments

recent posts

Pengunjung Dari


widgets

Subscribe