FAMILY DAY DI CAMERON HIGHLANDS 2014
03:39:00Assalamualaikum :D
Walaupun dah 1minggu lepas dah berlalu, tapi fiza still nak cerita tentang Family Day di Cameron Highlands. Sebelum semua hilang dari ingatan jadi lebih baik diabadikan didalam blog ini sebagai kenangan terindah... hahaha Puitis sangat plak kan, besa ar dok feeling2 ada di cameron lagi.. feeling2 romantika.. Bak kata Mak Teh feeling2 kuch2 hota hai....hehehe
Perancangan untuk family day ini dilakukan 1 bulan lebih awal dari tarikh asal. Tempat penginapan, aktiviti, program berjalan-jalan semua telah diatur lebih awal agar semua berjalan lancar. Tarikh yang telah ditetapkan adalah pada 29-31hb Ogos 2014. Kami laki bini memang excited pon nak join, boleh hilangkan stress asyik bekerja ja kan... Rasanya semua sedara kitaorang pun sama datang untuk relax2 fikiran. Time to ENJOY!!!
Family Day 2014 kali ini di Cameron Highlands diketuai oleh Pak Teh & Mak Teh :).
Dipendekkan cerita mereka lah yang pilih tempat, booking homestay, atur semua acara dan selaku sponsor untuk program kali ini...heeee
0 comments