Days 2 - Melancong di GuangZhou
23:07:00
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ada yang ternanti-nanti tak sambungan kisah melancong di GuangZhou nieh?? Sowie yerk sayam2 semua memang agak busy dengan kerja. biasalah akhir tahun kan macam2 nak kena settled. Hokey jom sambung cerita seterusna :). Tidur malam di East Asia Hotel, alhamdulillah nyenyak sekali. Bangun paginya pun turut awal & segar sekali. Pagi-pagi lagi Akmal dah datang hantar sarapan "knock knock knock" bunyi pintu bilik diketuk.
keow teaw goreng bersama air mineral.
Licin en.hubby makan...
Dihadapan Masjid Huai Sheng Ta Lu bersama dengan raja emma. hehe
Menara api 36kaki tinggi dengan suatu puncak yang tajam.
Digunakan sebagai panduan untuk kapal-kapal.
Dihadapan dewan sembahyang (Family ku Love U All So Much)
Suasana landskap masjid.. tenang rasanya
Romantik Gituw...
Certeka kami nak kemana? ;)
Sebenarnya bertentang dgn masjid ini ada kedai.
Banyak kedai halal, tp ada juga yg tak halal. so hati2 yerk...
Kedai jual daging dan herba-herba.
kedai runcit, singgah beli minuman & roti.
ada macam2, brg sejukbeku pon ado.
Produk Malaysia pun ada kat sini.
kat sini lawak. Nak bergambar tp macam ayam ckap dgn itik...hehe
last2 bagi bahasa isyarat jer. Guna jari buat klik2 baru diorang paham
nak ajak bergambar rupanya..hahaha
Destinasi seterusnya menuju ke Pusat Jualan Bai Yun World Leather Trading Centre. Nama pun leather market so memang banyak la leather. Rambang mata uols kat sini, jenuh nak memilih. Harga-harga kat sini boley tahan lah. But all were Copy not original okey.
Pandangan Pintu Hadapan Bangunan
Bergambar dulu.. apa2 pun.
Suasana di dalam bangunan
banyak kan.. nampak macam original tapi copy jer..
Disini fiza nak shared sesuatu dgn uols. Bila berada kat leather market neh uols akan perasan ada ramai kat dalam tue akan berlari2 pergi kat pelancong sambil bawa phone diorang then mereka akan tunjuk gambar yang kedai diorang neh ada banyak barang like leather, kasut, tali pinggang, jam dan ramai... hmmm macam kita org malaysia mereka akan cakap ramai orang malaysia pergi kedai diorang dan kita tak perlu bersesak2 dengan harga lagi murah. PLEASE PLEASE!!!! Jangan la follow diorang. Better korang jalan sendiri ja di kedai2 yang ada kat situ lagi selamat ya.. Sama ja harganya kalo korang ambek banyak memang la dapat harga lagi murah kan.
Sudah penat berjalan so tiba masa untuk makan tengahari.. Yeaaayyy kasi charged tenaga bagi full. Nanti banyak lagi nak berjalan. Makan tengahari di Restoran Abdullah sekali lagi.
Bila dapat makan semua senyap...hihihi
Selepas dah kenyang kitaorang teruskan perjalanan ke Pusat Jualan Jam & Pakaian Zhan Xi Lu. Disini ada jual macam2 jugak macam kasut, keronsang, beg, baju sejuk dll. En.hubby misi dia nak cari kasut yang dipesan oleh rakan pejabat. Penat siooott weh nak cari kasut tue. Banyak kedai jual kasut, tapi kasut yang kawan hubby pesan tue memang susah nak cari. Kasut Dr.Martin, apa2 lah xtaw la bab2 kasut lelaki nieh.. Entah berapa bangunan kami masuk dah jumpa tapi kena order pulak. Masa kami disini pulak sangat sekejap, memang tak sempat nak menunggu. So pusing lagi cari dan akhirnya jumpa juga.
muka keletihan..huhu
Inilah kasutnya. Susah ya amat nak cari.
Destinasi terakhir kitaorang pada hari ke-2 adalah ke Beijing lu "Jalan Beijing". Dalam bahasa cina Lu membawa maksud jalan. Beijing Lu adalah jalan turap pertama di Beijing yang dibawa ke GuangZhou (Pedestrian Road) sebagai sejarah.
suasana di Beijing Lu sangat besar, luas, meriah & ramai orang
Tempat nie macam tempat main Tikam-tikam ja. Judi lah tue.. Orang Islam Jangan berjudi taw..
meriah dengan lampu-lampu
lagi lampu-lampu (lip lap gitue.)
Balai Polis bergerak.. owsem....
Makan malam di Beijing Lu jugak. Tapi fiza pun dah tak ingat apa nama
kedai yang kitaorang p makan neh..hehehe
Tamatlah sudah perjalanan pada hari kedua. Balik hotel rehat, aktiviti bebas. Tapi yang si lelaki masih nak keluar. Biarlah mereka keluar bujang plak.. Kami gigirl borak2 didalam bilik saja ramai2..hahaha
Aktiviti lelaki bujang diwaktu malam :) hohoho
Terimakasih semua. Nantikan Part 3 pulak yer :D
1 comments
Dimana atau nama kedai di zhiang xi you beli kasut dr marten...berapa yuen...
ReplyDelete