Percutian ke Langkawi 3H2M bersama keluarga 2016 : Hari 2
01:16:00
Gambar lama semasa masih slim melim...hehe 2010
Assalamualaikumm...
07hb Mei 2016
Hariku bermula dengan keriangan... sayanngku
Hari kedua kitaorang bergerak dari homestay sekitar jam 9 pagi... cari makan dekat gerai yang berdekatan saja. Dapat makan nasi lemak, Alhamdulillah kenyang... So let moving
Pertama sekali kitaorang terus ke Langkawi Cable Car @ dikenali juga Langkawi Skycab.. Jadi kalo ada dengar orang sebut 2 nama nieh sebenarnya sama ja okey, jangan nak pening-pening..heehee
Harga skycab bagi pemegang mykad akan dapat diskaun yer Rm30/dewasa.. Kemudian ada pakej yang korang boleh pilih atau boleh saja beli tiket secara berasingan. Ayah bergerak terlalu laju dan membeli tiket dengan pakej skycab + skydome...huhu tapi uols boleh saja terus membeli tiket dengan pakej skycab + skydome + 3D art museum... Semasa membeli tiket tue memang kena tunjuk kad pengenalan uols, mana taw uols dari myanmar ker turki ker memang dapat harga lain lah.. So makesure jangan lupa bawa kad pengenalan.
Pintu hadapan
harga tiket-tiket
selfie dulu bersama kekanda sementara
menunggu barisan yang panjang :)
Selepas membeli tiket kenalah beratur dalam laluan yang telah disediakan. Kemudian akan masuk ke dalam SkyDome terlebih dulu. Skydome nie sebenarnya adalah sebuah persembahan multimedia Roller Coaster yang dipancarkan dalam dome yang besar. Macam kita tengok wayang dan dapat rasai seperti menaiki roller coaster sebenar..huhu tapi ok la satu benda baru bagi kak fiza dan keluarga.
berjalan masuk ke skydome
berselfie dalam skydome
Selepas itu, kitaorang beratur untuk menaiki SkyCab.. Orang memang agak ramai, kalo musim cuti sekolah mesti lebih ramai dari nie..huhu Pada akak memang rasa nerves tue tak pernah hilang sebab kak fiza seorang yang gayat...hahaha bilalah nak hilang penyakit G niehhh... walaupun rasanya ini kali ketiga kot naik cablecar.. Pening-pening fokus ja time dalam cablecar tue.. Owhh ya, hampir terlupa nak habaq Langkawi SkyCab terletak di Gunung Machincang, jadi masa dalam cablecar tue bolehlah nampak view yang cantik dan menarik dari atas, boleh selfie..
ni ladia cablecar nyer...hehehe lawak jah..
maw ka naik yang ne??hihi
menahan debaran yang terasa...huhihuhi
getaq getaq poon muka maw maintain.. peace and smile
Pada hentian pertama, boleh turun untuk ambil gambar. Walaupun agak panas tapi pemandangan sangat cantik. Rasa macam kerugian kalo tak bergambar alang2 dah sampai kenn... Lepas selesai akan bersambung lagi naik skycab untuk pergi ke hentian kedua.. Kat sini pun ada kafe jika uols kehausan, boleh singah minum2 dulu.. Lepas tue boleh sambung ambil gambar lagi dan lagi dan lagi Pada yang bawa baby kecik tue memang agak kecian la kena berdukung, tue tak campur lagi yang meragam. Sama juga makcik pakcik yang tua yang ada sakit kaki ker, lutut ker memang agak meletihkan sikit..
bersama keluarga tercinta
Terjebak juga beli fridge magnet...ngengee
Habis sudah part di skycab. Lepas dah turun sampai kebawah kitaorang terus ke Langkawi Art In Paradise @ 3D Art Museum... Beratur beli tiket sebab masa awalnya tak beli sekali dalam pakej. Kat sini special sikit taw sebab bagi pemegang kad pengenalan kedah akan dapat harga tiket Rm20 sahaja. Bagi pemegang kad pengenalan negeri lain harga Rm30. Kalo warga asing tiketnya lebih mahal ler yer..
Mula-mula jer bila masuk dalam 3D art museum nieh semua pengunjung dikehendaki membuka kasut, dan petugas akan menyimpan ditempat khas serta memberi nombor tempat simpanan kita untuk kita ambil semula apabila nak keluar nanti.
Aktiviti wajib kat sini sudah tentulah bergambar dengan setiap lukisan yang ada..Macam-macam gambar yang ada sampai tak tahu nak pilih.. Pada setiap lukisan ada check point untuk anda berdiri apabila ingin mengambil gambar supaya nampak realistik gambar yang kita ambil..
Kawasan didalam nieh memang sangat luas, dan dari pemerhatian tak kira tua atau muda semua excited nak bergambar. Terdapat sebanyak 9 zon lukisan antaranya ialah safari zone, fantasy zone, akuarium zone, classic zone, dan malaysia zone.
Dari satu tingkat ke satu tingkat lukisan kat sini memang nampak sangat cantik. Lepas itu bila kita dapat gambar yang woow kat situ akan timbul satu kepuasan dan kita tak akan rasa rugi dengan harga tiket yang kita bayar. Best sangat uols, so memang akak fiza sarankan jangan lepaskan peluang masuk 3D art museum nie taw..
eehh eehh omak kiter jadi puteri duyung :)
ayah kiter pon surfing sakan.. sporting lah ayah :)
cik abe poon xmaw kalah deehh
opoccooott ko badak, mentang2 seluaq aku merah ang ang
ko nak makan aku yerkk..hahaha
photographer profesional tue...
Banyak lagi gambar sebenarnya, tapi cukup-cukuplah kan.. kang bosang plak..hihihi
Lepas dah happy happy begambar so kitaorang bergerak nak balik homestay. Sebelum itu, kami singgah kat habour park tempat kapal-kapal layar parking diorang punya kapal layar. Di sini juga lah dulu Datuk Azhar Mansor yang merupakan orang pertama (malaysia)yang mengelilingi dunia menamatkan layaran. Lepas tue kami cari kedai makan untuk beli lauk bungkus. Kesian pada anak adik yang mengantuk dan perlukan rehat seketika.
Hari yang sangat padat dengan jalan-jalannya.. Dah makan! Dah rehat! iisskkkhh rugilah kalo dok buang masa ja kan, so sekitar jam 4 petang kuaq lagi :) Dalam pala hotak memang dok plan dah nak cari minyak gamat dengan bam panas.. So kami mai la ke Sireh Lagenda Langkawi.. Tempat len pon ada jugak noh, cuma dah sekali jalan nak ke ismail group nanti kita singgah jer kat sini.
Nak cari apa?? Segala macam produk berasaskan gamat ada.
minyak gamat 1dozen RM9.00 sajer
sebelum beli kena belek baca-baca dulu..hehehe
Lepas dah selesai membeli plan nak p cari coklet plak lah.. Elok sangat ler, hujan renyai-renyai pulak dah.. Semua orang ramai pakat lari masuk dalam bangunan Haji Ismail Group neh..
coklet feveret dehhh.. tapi yang kotak hitam tak suka sebab pahit ckit..
Kalo korang memang peminat tegar coklat siaplah duitnyer banyak2 yer... Kat sini pon boleh beratus-ratus beli coklat jer, tue tak masuk yang orang kirim lagi...hehehe Lepas tue ada la jugak barang2 lain macam kain batik dan pinggan magkuk bagai..
Dalam komplek HIG neh ada jugak kiosk2 kecik yang menjual macam-macam seperti produk herba resdung, jam tangan, barang kosmetik dan lain-lainlah.. Sebelum balik singgah dulu kat Idaman Suri..
Kalo kesini selalunya banyak pinggan mangkuk, peralatan dapur, cadar dan barangan yang seumpamanya sajalah...
kali terakhir masuk 5 tahun lepas...huhhu
Dah habis kat Idaman Suri semua decide cari kedai makan dulu. Jadi kitaorang ronda la cari kedai makan.. Tamat lah sudah untuk hari ke-2
Tak zabar nak tunggu hari esok, sebab nak naik boat ....
3 comments
:D borong banyak2 dik... hehe
ReplyDeletehai fiza
ReplyDeletesy nak tanya nie..
dr airport baiyun ( guangzhou ) nk ke hotel east asia berapa jarak dan berapa minit
awk naik apa nk kesana
hi... maaf lambat balas.. seingat saya.. dari airport baiyun ke hotel easr asia tue.. dlm masa 40 minit mcm tue.. ikut keadaan traffic gak lah...
Delete