Assalamualaikum....
08 Mei 2016 ' 9.00 pagi
Plan untuk hari terakhir neh nak layan Mangrove Tour. Tapi sebelum tue kitorang singgah ke Pantai Chenang dulu, bagi laluan kat budak2 tecik fatihi & naufal main pasiaq sat..
Tempat wajib bergambar naaa...
tue kan nampak Langkawi Permata Kedah
nak main banana boat, jet ski dan lain2 bolehlah..
Tue harga dia
Ermmm mana gambar anak2 maklong neh yerk...
Paklong neh mesti terlepas pandang. sabaq yerk nanti maklong
edit yang baru okes sayiiaanng
Selesai kat Pantai Chenang destinasi diteruskan ke Kilim Karst Geosforest Park.
Kali ini my biras tak join sebab baby naufal pon masih tak berapa sihat dari demam.
Sampai saja terus ke kaunter dan dapat harga rm180 satu boat untuk keluarga kami sahaja.
Kilim Geoforest Park nieh telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai taman geoforest yang ke 49
dan pertama di Asia Tenggara.
Hoyaaayyy Excited!!!
view yang cantik, damai dan tenang
Menyusuri laluan pokok bakau kitaorang dibawa ke Gua Kelawar.
Sebelum masuk ke dalam gua kita boleh menyewa lampu suluh dengan harga SERINGGIT satu.
Ohhh ya sebelum terlupa kat sini memang ada banyak monyet..huhuhu
Dalam gua kelawar yang gelap. Jika suluh keatas dapatlah lihat
kelawar dok bergantungan. Eheemmm agak2 ada vampire tak ehh..kikiki
Masa kat dalam gua ada sedikit bau emmm agaknya bau sulfur. Macam akak memang ada astma dan memang rasa kureng selesa masa kat dalam dan mula rasa nak batuk2. Mujurlah selepas keluar dari gua ia tak berlarutan batuknya. Kemudian korang terpaksa melalui 1 laluan pendek seperti lubang kecik dengan sedikit membongkok badan. memang takleh berdiri tegak sebab laluan tue kecik dan rendah. Jadi kalo korang ada anak yang masih kecil maybe uols patut fikirkan dulu samada nak masuk ke dalam gua kelawar atau boleh saja tunggu diluar kan.
Perjalanan diteruskan ke Fishing Village
sesi memujuk si pari bernama meon
dapat plak bergambar dengan belangkas
Ada banyak jenis lagi ikan2 disini tapi kak fiza lupa la plak nama-nama ikan neh semua..hehehe
Selain tue, dapat lihat show dari pakcik yang jaga disini cara nak pangil ikan makan.
Selesai disini diteruskan perjalanan dengan melihat persisiran Andaman Sea dan jugak melihat sang helang makan..
Subhanallah... Nikmati keindahan ini selagi masih berpeluang
cantekk kan...
ala ala romantik gitue...
selepas habis pusing-pusing kat kilim tue.. kami balik ke homestay lunch dulu... lepas tue kami bersiap nak balik dah dari percutian kami....
peneman di homestay kami nginap
bergambar bersama spiderman. Idola superhero fatihi..
Bye bye Langkawi.. lainkali kitaorang datang lagi.. mmuuaaxx