Assalamualaikum
12 Disember 2016 hari terakhir berada disini. Cepatnya la haiii masa berlalu. Rasa macam nak jer sambung lagi percutian Sarapan pagi sama jugak kitaorang masak, menu adalah nasi lemak ikan bilis dengan teh o panas...
Semua dah siap comei2 dan segak2..
Jadi selfie kenangan dulu
Si dara pujaan..
Cantik & manis rupawan
Keluarga besar kami
Family Toklong Generations
Selepas bergambar kenangan semua, kitaorang check out dalam pukul 12 tengahari. Dalam perjalanan singgah dulu di AFamosa Outlet atau lebih dikenali sebagai Melaka Premium Outlet (MPO) yang terletak di Alor Gajah Melaka.
Cuaca memang agak panas, dengan orang ramai berpusu-pusu la jugak. Antara outlet yang ada Nike, Puma, Sembonia, Carlo Rino dan macam-macam lagi la yang ada. Kemudian boleh dikatakan semua outlet tue ada SALE SALE SALE, maw rambang mata la. Janji uols nak datang sini siap duit poket banyak ckit okey
suasana di dalam.. orang ramai sangat
Ada kincir angin.. Panas litlit nieh rasa sejuk la sikit
Bergambar di depan MPO
Suka dengan senibina dia, canteekk
Dah selesai membeli kitaorang semua pun bertolak balik ke kajang dulu, bermalam satu malam di rumah paksu. Kemudian esok harinya semua akan bertolak balik ke tempat memasing. Weols naik flight untuk balik ke Alor setar.
Holiday dah habis..
2 beradik yang kesedihaaann
sebab cuti dah habis
Sekian sahaja untuk kali ini throwback tentang percutian familyday keluarga toklong 2016 dan sedikit review tentang Melaka Premium Outlet (MPO) untuk hari ketiga kisah kami.
Thanks sudi singgah di blog kak fiza...
#cuticutimalaysia #afamosaresortmelaka #mpo
KALAU NAK BACA HARI LAIN KLIK SINI