Boleh Ke Kita Menggunakan Produk Yang Mengandungi Alkohol

20:02:00


Assalamualaikum!!! Hai semua sihat ker?? ;) Dah sarapan belum? Jangan biar perut kosong nanti masuk angin...heee Hari nie fiza nak cerita pasai tajuk kita yang kat atas tue. Kadang-kadang kita rasa takut dan was2 nak guna produk yang ada alkohol tambah2 kalo nak solat kan. Fiza pun sama gak.. Untuk pengetahuan semua alkohol kecantikan/kosmetik berbeza dari alkohol minuman. Alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi dan produk2 kecantikan adalah untuk menahan wangi agar tahan lama. Alkohol adalah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan berfungsi (-OH atau hidroksil iaitu oksigen terikat kepada hidrogen).

Gambar Google

Untuk pengetahuan semua, produk penjagaan diri yang kita guna setiap hari seperti sabun, syampoo, ubat gigi, minyak wangi, pencuci muka, deodorant dan etc. semua ada alkohol. So kalau semua nak tahu, pemakaian alkohol didalam produk penjagaan diri adalah HARUS. 
Korang boleh baca kat link fiza bagi nie okeh. Seperti mana yang dikatakan oleh Prof. Madya Dr Mamot bin Said

"Asm, Sebelum saya memberi pandangan, biar dulu saya nyatakan apakah itu alcohol denat dan cetyl alcohol dan istilah alcohol dalam ilmu kimia organik berbanding dalam ilmu fiqah. Dalam bidang kimia organic (organic chemistry), alkohol adalah sebarang sebatian organik yang mempunyai gugusan hydroxyl (-OH) didalam struktur molekulnya. Formula umum adalah R-OH. Ada yang mempunyai satu gugusan -OH, ada yang dua dan ada yang >2 yang dipanggil polyols. Sebaliknya dalam ilmu fiqah, alkohol (alkohl dlm bahasa Arab) adalah ethanol (CH3CH2OH) yang terhasil daripada penapaian (fermentation) gula (glucose). Ethanol memang memabukkan. Manakala alcohol denat bermaksud "denatured alcohol". Dalam kes ini alkohol (ethanol) telah dicampur dengan bahan lain agar ia tak boleh diminum. Oleh itu ia tak memabukkan sebab tak boleh dimakan. Maka hukum menggunakan alcohol denat dalam produk kosmetik adalah harus! Manakala cetyl alcohol adalah fatty alcohol - iaitu alkohol (R-OH) yang dihasilkan dengan menghidrogenkan (hydrogenation) palmitic acid (CH3(CH2)15OH). Oleh itu ia bukanlah ethanol, justeru harus digunakan. Wassalam".

Ada setengah orang mengatakan alkohol itu "najis". Sebenarnya alkohol BUKAN najis. Arak itu yang najis dan HARAM. Kenapa ALKOHOL bukan najis? Baca maklumat dibawah ini


Merujuk Kepada:-
  1. Fatwa Majlis Kebangsaan, ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan, yakni DIHARUSKAN penggunaannya.
  2. Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS manakala arak tetap najis. (so alcohol[bukan arak] boleh dibawa masuk dalam solat? Who knows)
  3. Fatwa almarhum Syeikh Sya’rawi (rh) dalam kitabnya ” Anta Tas al Wa Islam Tujib ” menjelaskan bahawa :” Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL
  4. Menurut Kitab ” Al Fiqh Al Muzaahibil Arba’ah” dalam bab ” An Najaasaat” juzu’ 1menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS.
  5. Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu ” Tafsir Al Manar ” menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak wangi diBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang kenajisannya.
Tetapi sebelum menggunakan sesuatu produk itu, kita haruslah memastikan bahawa produk tersebut tidak mengandungi elemen-elemen dari haiwan. Wallah'ualam. Saya cuma insan yang mahu berkongsi ilmu yg saya perolehi dari pembacaan saya. Kalau ada salah silap jangan segan2 untuk menegur. Maaf kalau ada perkara yang tidak tepat.

Wasalam.

Dapatkan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan di sini
------------>>>   Fizza Sunshine

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Pengunjung Dari


widgets

Subscribe