Khasiat Taugeh

22:40:00

gambar google

  • Tahukah anda, taugeh yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Taugeh dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
  • Bagaimanapun, khasiat taugeh tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukemia.
  • Mengikut kajian yang dijalankan taugeh samada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid amino. Kanavanin dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukemia, usus besar dan pankreas.
  • Selain itu, tauge juga mempunya estrogen semulajadi berfungsi sama dengan  estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan & susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
  • Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar dari kanser payudara, gangguan menjelang mentruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
  • Sewaktu kacang-kacang dicambahkan secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strokdan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil taugeh dalam menu harian mereka. Saponi dalam taugeh menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa menganggu kandungan lemak baik HDL.
  • Selain sarat DNA, taugeh padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan taugeh merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
  • Satu lagi khasiat taugeh yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama taugeh dlam memerangisel kanser.
  • Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat meransang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur taugeh janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Pengunjung Dari


widgets

Subscribe