10 tanda awal menghidap penyakit buah pinggang

21:21:00

     Assalamualaikum dan hai semua :) Pasti korang rasa pelik kenapa tiba-tiba saya menulis tentang penyakit buah pinggang. Sebenarnya emak saya menghidap penyakit buah pinggang. Semua ini berlaku pada tahun 2011, tahun yang memberi kebahagiaan pada saya kerana telah bertukar status puan dan tahun itu juga kesedihan datang dalam keluarga kerana emak yang amat disayangi disahkan menghidap penyakit buah pinggang. Semuanya berlaku dengan tiba-tiba.

                                               Bersama mak selepas selesai majlis akad nikah.
                                   Masa ini kami sekeluarga belum mengetahui tentang penyakit mak.

            Semasa emak saya bekerja kilang dulu dia memang ada mengalami sakit pinggang. Tapi cuma telan ubat saja sebab fikir sakit biasa. Dalam masa 5 tahun selepas berhenti kerja, emak saya mengalami ruam & gatal-gatal di badan. Kemudian pembengkakan di kaki. Kami hanya mendapatkan rawatan di klinik swasta dan doktor mengatakan emak mungkin mengalami alergi pada sesuatu. Tidak pernah terlintas di fikiran penyakit yang serius.
           Hingga sampai satu tahap penyakit ruam dan bengkak di kaki emak tetap tidak lega, barulah emak mahu dapatkan rawatan di hospital. Tetapi semua dah terlambat kerana emak disahkan menghidap penyakit buah pinggang tahap kronik. Kedua-dua belah buah pinggang sudah rosak dan perlu menjalani rawatan dengan kadar segera supaya tidak bertambah teruk dan emak boleh koma jika masih enggan menjalani rawatan :'(  Itulah perkara paling sedih dalam hidup bila insan yang tersayang sakit.. Alhamdulillah emak saya sekarang dah sihat dari sebelum dia membuat rawatan. Sekarang sudah 2 tahun lebih emak saya membuat rawatan dialisis capd. :)



Ramai antara kita yang mungkin tidak sedar mengalami penyakit buah pinggang kerana tanda-tanya penyakit ini mungkin kelihatan seperti penyakit lain. Saya kongsikan disini 10 tanda awal penyakit buah pinggang :-
  1. Perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing kerap atau kurang kerap seperti kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapat darah didalam air kencing anda.
  2. Mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yg mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanpa penghasilan sel darah merah yang cukup boleh menyebabkan anemia & akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.
  3. Mengalami pembengkakkan pada salah satu anggota ditubuh badan. Buah pinggang yang sihat berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan tetapi sebaliknya berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.
  4.  Mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
  5. Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut. Ini adalah salah satu tanda awal kegagalan buah pinggang yang disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
  6. Mengalami loya dan muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
  7. Berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukkan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
  8. Merasa kesukaran untuk bernafas. Petanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia @ pengumpulan bendalir di dalam paru-paru anda.
  9. Sakit dibahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
  10. Kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen didalam otak.
Noted:  Tanda-tanda penyakit buah pinggang seperti diatas mungkin juga merupakan tanda kepada penyakit  lain. Jadi sekiranya anda mengalami sebahagian daripada tanda-tanda tersebut silalah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Semoga kita semua menjaga tahap kesihatan masing-masing. :)



You Might Also Like

0 comments

recent posts

Pengunjung Dari


widgets

Subscribe