Luahan Hati Yang Terpendam

20:13:00

2 tahun... Itu usia perkahwinan kami. Hari-hari yang berlalu sebagai suami isteri tanpa gelak tangis zuriat sendiri. Kerap ditanya tentang zuriat buat hati ini rasa sebal. SAD :'(

        Berapa lama dah kahwin? Anak dah berapa orang? Merancang ker? Muda2 nie la kena beranak
        nanti   dah tua tak larat? Teeeeetttttt sakitnya hati tuhan saja taw. Dalam hati punya la maki-maki,
        bodoh,stupid,kolot!!! Nie la diantara soklan cepu emas yang selalu saya terima.

Hanya mampu tersenyum, penawar hati duka. Soal zuriat nie sama la macam soal jodoh, rezeki, ajal maut. Semua rahsia Allah. Mana ada pasangan yang tak mahukan zuriat dalam pernikahan yang halal. Semua soalan itu membuat hati merana, remuk, sedih. Tak usahlah ditanya kerap-kerap kan.

Pelbagai rawatan telah dilakukan samada tradisional atau moden. Teringat pada 1 rawatan berurut, entah dimana silapnya menyebabkan saya terasa sakit di bahagian belakang. bila naik kenderaan dan ada hentakan menyebabkan sakit sangat belakang. Sekarang dah okey.

         Paling membuat hati saya kecewa adalah mentaliti masyarakat.  Seringkali kalo hal begini perempuan lah menjadi mangsa untuk dipersalahkan. Oh please, why so stupid!!! benih itu bukan dari perempuan right tapi dari lelaki. Dan kami disahkan normal, subur. Ramai juga pasangan yang suami isteri normal, tiada masalah tapi still lambat dikurniakan zuriat. Itulah namanya "Rahsia Allah". Tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk setiap hambanya. Harus yakin itu.

         Kalaulah anak itu seperti anak patung yang boleh dibuat dikilang,direka mengikut kreativiti kita,nak muka,rambut,warna mcm mana senang la. Siap duit,beli dan bayar berapa saja yang korang nak kan. Kadang-kadang tue macam nak bagi penampar jer pada yg suka bertanya sangat tanpa fikir hati orang lain, mulut celupar busuk macam longkang.. uuuhhhh

                                                     dushhh dushhhh... hambek ko...hahaha

        Alhamdulillah mujurlah hubungan suami isteri tidak terjejas walaupun si isteri nie suka berair mata. Boleh dapat award pemenang ratu air mata habaq ampa...hahaha Syukur sangat dapat suami yang penyabar, memahami, open minded, waras :P erkkkk kalau tak dah lama hancur mahligai yang dibina.

        Pada yang mengalami nasib yang sama seperti saya sama-sama la kita bersabar, berdoa, berusaha dan tawakal. InsyaAllah satu hari nanti giliran kita pula untuk bergelar ibu ayah, mama papa, mak ayah....hehehe

Lastly, saya nak kongsikan gambar2 kami bersama anak-anak...huhuhu Bukan anak kandung tapi anak sedara, anak kawan tapi ramai cakap macam anak kami...hihihi Tak kesah pon, iyakan sajalah, orang tua2 cakap "kalau orang selalu cakap hal yang sama sebanyak 44 kali nanti termakbul lah semua" perkara yg baik2 saja lah. Bukan saya cakap taw tapi orang tua yang cakap..hehe So saya tak kesah kalau ditanya ni anak ampa ka? yer kan saja lah, muka sama kan...hihi see see Ucapan tue kan 1 doa, moga masin mulut ampa.







SMILE ALWAYS :)

"Allah tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu untuk ditanggung oleh hambanya"
"Allah beri ujian pada kita hambanya kerana sayangkan kita"
"Jangan pernah putus-asa untuk terus berdoa kepada Allah, kerna setiap yang terjadi ada hikmahnya"

Tanamkan dalam hati dan minda padat-padat, ketat-ketat, dalam-dalam. Lihat sekeliling apa yang telah kita miliki, kebahagiaan yang kita ada, jangan kita menjadi manusia yang tidak bersyukur, jangan disebabkan satu kemahuan kita belum tertunai kita membiarkan kebahagiaan yang telah kita miliki hancur. Peringatan untuk diri saya sendiri. :D





You Might Also Like

0 comments

recent posts

Pengunjung Dari


widgets

Subscribe