Pilihan Rawatan Pesakit Buah Pinggang

23:16:00

Assalamualaikum..

Hallooooo :) Pada entri saya sebelum ini saya ada menyebut tentang CAPD. Pasti ramai jugak tertanya2 apa benda tue kan. Okey, emak saya melakukan rawatan capd di rumah sebanyak 4 kali sehari. Saya cuma nak share pengalaman & pengetahuan semasa menjaga emak saya. Bagi pilihan rawatan lain pula, apa yang saya tulis adalah melalui pembacaan saya. Saya bukannya doktor cuma seorang yang suka membaca dan pengetahuan itu saya kongsi bersama2 orang lain. Jika ada Khilaf  saya mohon maaf. 

"Penyakit buah pinggang merupakan penyakit senyap dan selalunya gagal dikesan kerana gejala-gejalanya mungkin tidak dirasai"

Pesakit buah pinggang  mempunyai 3 pilihan rawatan iaitu pemindahan buah pinggang,hemodialisis dan peritoneal dialiasis.

PEMINDAHAN BUAH PINGGANG

 Foto google

            Pemindahan buah pinggang adalah pembedahan memindahkan buah pinggang sihat ke pesakit buah pinggang. Buah pinggang yang baru akan melakukan fungsi yang tidak dapat dilakukan oleh buah pinggang yang rosak. Dialisis diperlukan sementara menunggu pemindahan dilakukan.
           Terdapat 2 sumber penderma iaitu dari penderma masih hidup yang terdiri daripada ahli keluarga yang mempunyai padanan  tisu sama yang paling hampir. Bagaimanapun orang luar yang bukan dari ahli keluarga juga boleh menderma jika sesuai (isteri,suami,kawan2 dll). Satu sumber lagi adalah dari penderma organ iaitu mereka yang ingin menyumbangkan organ setelah meninggal.
           Semasa pembedahan buah pinggang baru yang sihat diletakkan di bawah otot abdomen berhampiran tulang pinggul.Pemindahan buah pinggang merupakan pilihan paling baik untuk memiliki buah pinggang sendiri. Selain itu, pesakit tidak perlu lagi rawatan dialisis, kawalan pengambilan air dan diet yang minima, mengekalkan rutin harian dengan lawatan ke klinik yang minima, lebih sihat & bertenaga serta dapat bekerja sepenuh masa tanpa gangguan jadual dialisis.

HEMODIALISIS

 Foto google

          Hemodialisis ialah jenis dialisis yang membersihkan darah pesakit dengan mengalirkan darah keluar daripada badan dan membersihkannya menerusi penapis yang dinamakan dialyzer (buah pinggang tiruan).
        Buah pinggang buatan digunakan untuk membuang sisa terpakai, bahan kimia berlebihan dan juga cecair dari darah. Bagi mendapatkan darah ke buah pinggang buatan tadi, doktor perlu membuat satu laluan masuk ke dalam pembuluh darah pesakit. Ini dapat dilakukan dengan menjalani satu pembedahan kecil di lengan ataupun di kaki. 

Foto google

         Laluan dilakukan dengan menyambungkan arteri dengan vena dibawah kulit untuk membuatkan pembuluh darah menjadi lebih besar yang disebut fistula. Setiap kali dialisis, jarum akan dicucuk, satu darah keluar dan satu darah masuk.

(Pada 8/12/2013 emak saya telah melakukan pembedahan kecil ini. Menurut doktor sebagai satu langkah jika suatu hari nanti emak sudah tidak dapat melakukan capd maka emak boleh meneruskan rawatan dengan hemodialisis.) Difahamkan bahawa pembedahan kecil yang dilakukan di lengan ini tidak boleh digunapakai dengan segera kerana mengambil masa dalam 12bulan barulah boleh digunakan. Bagi pesakit yang memilih rawatan hemodialis mereka akan melakukan proses dialisis melalui bahagian leher yang ditebuk untuk sementara.

PERITONEAL DIALISIS

Terdapat beberapa jenis peritoneal dialisis tetapi ada 2 jenis yang utama iaitu:-
  1. Continuos Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD)
  2. Continuos Cycling Peritoneal Dialysis (CCPD)

CAPD adalah satu-satunya jenis peritoneal dialisis yang tidak menggunakan mesin. Melalui CAPD pesakit boleh melakukannya sendiri di rumah atau tempat kerja. Dilakukan 4 kali sehari.

Foto google

           Sebagai permulaan, kateter pd disambungkan kepasa set tiub. Larutan yang berada dalam abdomen pada pertukaran sebelumnya,mesti disalur keluar dari rongga peritoneum ke dalam beg yang sudah tersambung. Apabila cecair telah dikeluarkan sepenuhnya daripada rongga peritoneal, larutan dialisis baru disalur masuk melalui kateter, mengisi rongga peritoneum dengan jumlah cecair baru yang ditetapkan.
         Beg dan set tiub kemudian ditanggalkan dan dibuang. Dalam fasa pengantaraan ini, apabila cecair berada dalam rongga peritoneum barulah dialisis sebenar atau penapisan bahan buangan dan cecair berlaku. Setiap pertukaran mengambil masa 30 minit dan dilakukan setiap 4 jam hingga 6 jam sebanyak 4 kali sehari. Pertukaran malam terakhir kekal atau disimpan didalam rongga peritoneum semalaman ketika tidur.
             Selepas melakukan rawatan CAPD pesakit bebas untuk menjalankan kegiatan harian.

CCPD pula biasanya dilakukan dirumah dengan menggunakan sebuah mesin khas yang dipanggil cycler. CCPD adalah sama dengan CAPD cuma berbeza dari jumlah pertukarannya sahaja. Setiap pertukaran biasanya berlangsung selama 10 jam dan pertukaran berlaku sepanjang malam.

Mesin dialisis  (cycler)  - foto google

            Pertukaran atau kitaran larutan dialisis dilakukan oleh mesin semasa pesakit tidur. Sebelum tidur kateter akan disambungkan kepada mesin cycler. Mesin dan larutan diletakkan berhampiran katil. Apabila pesakit tidur, mesin cycler akan mengawal ketiga-tiga fasa kitaran, menyalur keluar larutan terpakai, mengisi larutan baru dan mengawasi masa larutan kekal dalam rongga peritoneum masa penghantaran.
            Pada waktu pagi, mesin melakukan isian terakhir bagi kebanyakan pesakit. Ini bermakna larutan yang dimasukkan kekal dalam rongga peritoneum sehingga waktu tidur atau pertukaran seterusnya. Selepas menanggalkan sambungan pesakit bebas melakukan kegiatan harian seperti biasa. 

Pesakit buah pinggang boleh berbincang dengan doktor mengenai pilihan yang sesuai mengikut keperluan. Semoga apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada orang lain. :) 


You Might Also Like

7 comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Info bermanfaat. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. mak puan mcm mana keadaan dia semasa jalani rawatan dylsis air? dlm keadaan sakit?..atau dia sihat?..

    ReplyDelete
  4. Nak tanye mak saya gatal kulit dekat bahagian exit site..mcm mne nak atasi masalh ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik kena refer pada doktor sbb diorg lbh arif ☺️ saya kongsi apa yg pernh dilalui saja takut tersalah info pd encik pula

      Delete

recent posts

Pengunjung Dari


widgets

Subscribe