Berakhirnya pencarian pesawat MH370

19:29:00

Assalamualaikum & hai u olls...

      Pagi nie rasa sayu jer, bila bangun pagi tengok tv masih dengan berita tentang MH370. Semalam fiza dengan hubby keluar ke alor setar mall, kata hubby mahu survey harga gitar. Di alor setar mall dibahagian tengah ada satu bahagian khas diorang tampal gambar2 lukisan pesawat mh370 yang diwarnakan oleh kanak2. Fiza baca apa yg ditulis kanak2 pada lukisan tersebut, tulus ja ucapan dan doa mereka. Dalam hati turut berkata semoga mh370 dapat ditemui dan semua didalam pesawat selamat. Terlupa nak snap picture lukisan2 tue...


      Kami tiba dirumah sekitar pukul 10.30 malam... Fiza pn mcm biasa rutin iron baju kemeja hubby sebelum masuk tidur. Emak dan hubby plak tengok tv, then dengar mak cakap "dah jumpa dah jumpa". Terhenti seketika. Perdana Menteri Dato Seri Najib telah mengumumkan bahawa pencarian pesawat MH370 telah pun berakhir di tengah-tengah lautan Hindi berhampiran barat Perth Australia. Dimana diberitakan bahawa terdapat petunjuk yang kukuh yang menunjukkan pesawat MH370 telah ditemui disitu. Ya Allah, kelu,sedih tak tahu mcm mana nak gambarkan perasaan tue.. kita yg mengikuti perkembangan mh370 nie pn berasa duka mendengar berita tersebut, tambah lagi ahli keluarga yg terlibat. Mereka pasti lebih sedih dari kita semua. Semoga ahli keluarga yg terlibat kuat dan tabah dengan apa yg menimpa mereka. Al-fatihah kepada krew dan penumpang yg beragama islam, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 soleh. Dan ucapan takziah kepada penumpang2 yg lain. :'(

     Sebelum tido buka fb kejap. Then ternampak ada post video macam mana keadaan di lautan hindi tue.
Ya ALLAH Ya ALLAH.... Besarnya kuasaMU. Hati nie berasa gentar dan takut melihat video tue. Andainya fiza yang tercampak ke lautan hindi tue!!! MasyaAllah tak dapat bayangkan. Gerunnya tengok ombak yang ganas. Tengok jam sudah hampir pukul 12.30 malam, tapi masih belum menunaikan solat Isyak. :( Ya Allah, ampunkan aku. Melihat lautan hindi pun sudah merasa takut,gentar n terasa betapa kerdilnya diri nie, bayangkan kalo itu lautan api neraka. Terus segera fiza ambil wuduk utk solat.
INSAF INSAF INSAF :'(


You Might Also Like

0 comments

recent posts

Pengunjung Dari


widgets

Subscribe