Khasiat buah delima

22:48:00

       Assalamualaikum. Entry kali nie fiza nak cerita tentang khasiat buah delima.. Korang mesti pelik kan tertiba nak cerita pasal buah delima bagai..huhu Sebenarnya baru beli produk Pamoga untuk hubby... Lately kerap sangat sakit kaki.. Hubby fiza nie sakit gout, memang la dlm family my hubby ada sakit gout kira keturunan la tp tak sangka lak dlm usia muda sudah dapat penyakit bery2 gout neh...hehe kurang2 umur dah masuk 40-an kan..

 Jus Pamoga - RM168.00

      Time fiza beli nie kebetulan ada promosi so dapat dengan harga RM135 jer ;) Daripada apa yg fiza tahu penyakit gout nie tiada ubat yg boleh menyembuhkan terus. Doktor just akan bagi ubat tahan sakit, sendi, n gout pada pesakit yg tujuannya sekadar dpt menghilangkan sakit seketika saja. Ermm bila hubby sakit kita yg memandang nie pn asa mcm seksa jer.. yerla terlompat2, senget2 jalan coz kaki sakit katanya.
      Memang rasa risau sgt tentang hubby.. yerla usia masih muda dah makan banyak ubat. Takot effect pada buah pinggang. Cukuplah dlm family emak fiza yg sakit buah pinggang jangan lah ada ahli keluarga lain turut mengalami sakit yg sama. Then research2 buat keputusan beli pamoga nie bg hubby try. Baru 3 ari hubby makan, if ada feedback yg positive fiza akan kongsi dgn semua nti okeh..

KHASIAT BUAH DELIMA

  • Buah delima  mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
  • Buah delima   dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
  • Buah delima   dapat  Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
  • Buah delima dapat  Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
– Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan  sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
– buah delima  membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki  yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.
  • Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik
  • Buah delima   Sumber nutrisi Sebiji  buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi  folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.

Buah delima terdapat banyak lagi khasiatnya sebenarnya. Ini adalah antara khasiat buah delima tersebut, mungkin ada yang mengetahui tentang khasiat buah delima boleh lah berkongsi pengetahuan korang. Semoga ilmu/pengetahuan yang kita tahu dapat dikongsi bersama orang lain :)

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Pengunjung Dari


widgets

Subscribe